Tuesday, January 31, 2017

16 jam di Gunung Fuji

Entry ni aku nak cerita tentang pengalaman dan sedikit tips untuk pendakian ke Gunung Fuji atau dikenali sebagai FUJI-SAN selama 1 hari atau daypack.

Untuk cerita penuh selama aku berada dekat jepun akan diceritakan di entry 

JEPUN YANG TAK DIRINDUI.

Untuk pendakian ke Gunung Fuji ni, macam biasa aku pergi dengan team Pakatan Bejalan . team paling crack pernah aku jumpa. Selain daripada trip Gunung Fuji, trip ke Gunung Rinjani pun aku follow Pakatan Bejalan.

Macam sebelum ni juga, organizer Acan Ali dan Afif akan buat kajian tentang cuaca dan juga jadual pendakian ke Gunung Fuji. kami dapat berita 30 August 2016 big typhoon akan melanda kota tokyo, jadi pendakian kitorang pada 31 August kemungkinan akan terkena tempias angin ribut. cuaca akan jadi sangat sejuk dan angin kuat akan lebih kuat sedikit dari yang biasa. Tambahan pulak kitorang akan start mendaki malam. Pakaian, mental dan juga fizikal kene betul-betul siap.


  FUJI - SAN

  August 31, 2016


Gambaran Gunung Fuji dari bawah

Berdiri megah diatas bumi Jepun, tengok dari bawah pun dah tahu macam mana trek dia, pacak tak kasi discount.

Gunung Berapi aktif yang terletak 100 kilometer daripada bandaraya Tokyo, lebih kurang 2 Jam perjalanan menaiki bas daripada hostel kami (Economy Hotel Hoteiya) yang terletak di Taito-Ku, Tokyo.

Sebelum mendaki Gunung Fuji, kami berhenti di Kawaguchi Lake. Rugi beb kalau pergi Gunung Fuji tapi tak singgah sini. Pemandangan yang sangat cantik macam ada dalam taman sendiri.





Pemandangan Gunung Fuji daripada Kawaguchi Lake

Lebih kuarang jam 5.30 petang kami seramai 26 orang sampai di kaki Gunung Fuji (Subaru Line 5th Station, Yoshida Trail). Sebaik turun je dari bas, terus capai baju sejuk masing-masing. Sejuk dia dah rasa tahap tangan nak kebas.


ini kayu stick yang kebiasaannya pendaki beli untuk dapatkan cop di setiap station

Aku tak berapa berminat untuk beli kayu stick ni, denga duit RM 400 yang aku bawak, aku perlu berjimat dan membeli ikot keperluan sahaja. Kayu stick ni harga dia dari 800 yen - 1600 yen, mengikot size stick dan accesories nya, cop pulak harga 200 yen untuk setiap cop.

macam ni lah rupa cop2 tu. 



PENDAKIAN


Kami memulakan pendakian pada jam 8.30 malam melalui Yoshida trail pada paras ketinggian 2,300 meter, ketinggian Gunung Fuji ini adalah 3,776 meter terdapat beberapa trail untuk mendaki, antaranya :

  Yoshida Trail
  Subashiri Trail
  Gotemba Trail
  Fujinomiya Trail

Subaru Line 5th Station, Yoshida Trail

2 jam pendakian pertama, sebahagian daripada pendaki sampai ke 7th Station, masa awal-awal briefing kitorang diberitahu untuk berkumpul dekat 7th station sebelum teruskan pendakian, tapi agak lama jugak untuk tunggu semua sampai, sedangkan yang dah lama sampai dah tak boleh duduk diam sebab kesejukan, tambah pulak angin kuat tiba-tiba datang,



ini dekat 7th Station, masing2 nak jadi sardin untuk panaskan badan, semua nak melekat kat dinding

Ekhmal sebagai guide kitorang yang sampai awal, dia buat keputusan bagi siapa yang sampai awal untuk teruskan pendakian. Takut nanti kita semua akan sampai lambat ke puncak dan menyebabkan kita turun lambat dan tertinggal bas untuk balik ke hotel. Kami buat secara daypack untuk Pendakian ni, jarang dibuat oleh mana-mana team, biasanya pendakian ke Gunung Fuji dibuat selama 2 hari 1 malam dan akan bermalam di Hotel Fuji-san. Syafiq dan lep lep yang jadi orang pertama untuk bergerak dan cek sama ada selamat untuk kitorang teruskan pendakian. Beberapa kali jugak kitorang terbantut untuk bergerak sebabkan angin yang kuat.


  September 1, 2016

  KEADAAN PENDAKIAN - 7th Station

Dari 7th station nak ke 8th station makan masa lebih urang 3-4 Jam, bermula dari saat ni aku hanya fokus pada pendakian je, tak ade gambar yang sempat aku ambik sebab keadaan angin sangat kuat dan sangat sejuk, aku tak mampu nak keluarkan tangan dari glove pun. tambah pula gelap mmg x nampak ape. cuma selepas 8th station je aku sempat ambil beberapa gambar.

Oksigen terasa semakin nipis, sepanjang perjalanan aku pakai buff dekat mulut dan hidung sebab trek yang berpasir dan jugak loose rock menyebabkan penafasan pun jadi agak susah. trek semakin curam, otot-otot kaki mula keletihan, beberapa kali aku cuba lawan mental aku untuk bertahan, ada yang masih teruskan perjalanan tanpa henti, dan kitorang pun mula terpisah kepada kumpulan2 kecil. tinggal lah hanya aku dah diha yang ambil keputusan nak rehat sekejap kat tepi jalan.

Semakin tinggi pendakian, akan jumpa dinding-dinding di tepi jalan, aku gunakan dinding tu sebaik mungkin dengan bergerak sambil menyandar dekat dinding macam spiderman. ade kalanya aku merangkak2 terus bersandar kat mana2 yang aku jumpa dinding. begitu juga toilet2 di setiap station, adakalanya aku gunakan toilet untuk berlindung dari keadaan sejuk.


Pasad dan dinding (kalau nak tahu dia sampai puncak ke tak, tanya la pasad sendiri)

Ini gambar pasad yang hanya mampu merenung dinding-dinding spiderman dan juga puncak. Aku kagum dengan semangat beliau. 

Oh ye! setiap station korang akan jumpa toilet, cuma setiap toilet ade bayaran 200 yen tapi x de penjaga (mak cik cleaner), dia cuma ade 1 tabung untuk korang letakkan duit. sebenarnya ia lebih kepada sumbangan bagi maintenance toilet tu, jadi ikot korang la nk letak duit atau tak.

time ni la aku berlari daripada angin sejuk kat luar

Aku tak dapat tahan dengan keadaan yang semakin sejuk, setiap kali jumpa station-station kecil, aku mesti nak berhenti rehat dan tido. Emergency blanket pun x de function masa tu, wind breaker, down, thermal and baju t-shirt yang aku pakai pun masih terasa sejuk, aku pakai 2 glove pun masih terasa sejuk, sampai diha hulurkan heatpad dekat aku, lega sikit tapi sejuk masih terasa.

Masih teringat lagi, aku dan diha kene tegur oleh pemilik hotel dan kedai kopi, sebab cuba berlindung dari sejuk dengan bersandar dekat dinding kedai dan hotel. rasa nak nangis beb nak lawan mental sejuk, penat, lepastu ade signboard dengan jangkaan berapa meter dan masa lagi untuk sampai ke 8th station, tapi x sampai-sampai, rasa macam menipu je signboard tu.


  SUNRISE DI FUJI-SAN - 8th Station


Lebih kurang jam 3.30 pagi aku dengan diha nak smpai ke 8th station. sambil merangkak ke dinding hotel (aku dah tak peduli orang nak tegur) belakang kitorang ade lep lep dengan malya juga. kitorang bertiga decide nak tidur dulu kt situ, kali ni lama juga kitorang tertidur, sedar-sedar matahari dah nak terbit. Matahari terbit jam 4 pagi waktu jepun.

Ya Allah, masa ni mmg nak nangis tgk sunrise dari atas gunung fuji, cantik sangat. Subhanallah! lebih kurang 15 minit kitorang layan sunrise dekat 8th station. dari 8th Station nak ke 9th Station lebih kurang 1 jam, dan dari 9th station ke puncak pertama lebih kurang 1 jam.

Fuji-san ni, view dia open dari bawah smpai ke puncak, jadi untuk ambil gambar dari 8th station menuju ke 9th station pun dah cantik. Sebab view pun dah terbukak, aku dengan diha enjoy kan saja mendaki sambil layan view. Sempat juga kitorang lepak dekat 9th station sambil layan matahari terbit dan nasi kepal (Onigiri).



Sunrise dalam perjalanan dari 8th station menuju 9th station

view dari perjalanan menuju ke 9th station


dalam perjalanan menuju summit after 9th station, (breakfast Onigiri)


SUMMIT ATTACK


Jam 6.30 pagi aku dan diha berjaya sampai ke puncak Gunung Fuji, macam biasa, setiap kali aku sampai ke puncak, perasaan gembira, bersyukur, nangis, semua dalam satu. Perasaan kau berperang dengan mental, sejuk, penat semua terbalas dengan pemandangan yang Subhanallah CANTIKNYA!!!!!

Semua yang ade dekat atas puncak tu, serta merta akan jadi kawan korang, tepuk tangan, ucapan congratulation akan korang terima. penat terus hilang. aku dan diha ingatkan hanya kitorang berdua je yang sampai atas puncak tu, 5 minit kemudian nampak kelibat yoyoi dari atas, dan 30 minit kemudian ternampak kelibat apip and jiha. terus berpelukan jiha dan diha, apip pulak meneruskan perjalanannya sambil memaki hamun semua yang ade kat atas tu efek pewai. HAHAHA. sampaikan bergambar pun tak mahu.



ice beku atas puncak


gambar kenangan atas puncak

Bagi pendapat aku sendiri, aku boleh katakan, pemandangan di atas puncak Fuji-san ni, sama je all the way dari 8th station, jadi pada siapa yang x berjaya sampai puncak, cukuplah korang ambil gmbar dengan view dari 8th station. 

Sebab bagi siapa yang x smpai puncak dari 8th station ade jalan yang bersambung dengan jalan turun melalui yoshida trail. kalau terlepas dari 8th station, korang memang akan melalui puncak untuk jalan turun melalui yoshida trail.



  DECENDING - Yoshida Trail 


Kalau mendaki melalui Subaru line 5th station, jalan turun kene ambil laluan Yoshida Trail, jalur warna kuning, JANGAN SALAH PILIH LALUAN!!!

Laluan dari Subashiri Trail untuk patah balik ke Subaru line 5th station sangat jauh, dan access untuk patah balik korang kene ambil teksi kos lebih kurang RM480 paling cepat 2 jam.

Image result for yoshida trail sign board
SILA AMBIL YOSHIDA TRAIL!!!!!!

Penyiksaan mental belum berakhir bila laluan turun dia zig zag yang tak de penyudah, kalau naik mental dengan tahap kesejukan, balik mental dengan laluan zig zag yang amat celaka!!! sampai 1 point kami dah menyampah dengan trek campak beg kat tepi dan tido!!! lama juga kitorang tertidur dekat trek tu, sedar-sedar bila bangun ade lori depan muka diha tengah nak reverse.


Image may contain: 1 person, sitting, outdoor and nature
tido on trek is a MUST!!!!!!

LORI!!! yup lori atas gunung!! 

Bende paling rare aku pernah jumpa atas gunung, bukan lori sampah tapi lori yang bawa pekerja naik gunung. Patutlah boleh ade banyak hotel dan kedai kopi atas gunung, terfikir juga macam mana diorang hidup lama2 atas gunung, x kan lah x turun nah semua terjawab bila nampak lori atas gunung.



Image may contain: cloud, sky, mountain, outdoor and nature
Lori angkut pekerja

Ikotkan kitorang perlu sampai balik Subaru line 5th station jam 10 pagi, tapi aku dan yang lain sampai bawah pada jam 12.30 tengah hari. sudah lewat 3 jam dan masih ade sebahagaian yang masih di atas puncak. masa tu kitorang dah berpecah untuk dapatkan bas jam 3.30 petang sebab ade lagi yang belum sampai.

 Jam 7.30 petang and yes FINALLY!!!!! sampai hotel!!! lapar, penat berhabuk badan semua ade.
Alhamdulillah settle Gunug Fuji!! dan yesss perkataan paling nak aku cakap. 

  " GUNUNG FUJI, AKU PERNAH BERADA DI ATASNYA!!! ALHAMDULILLAH!!!"






Ini dia ringkasan bagi pendakian

  SUMMARY

Gunung Fuji, Japan  
Ketinggin : 3,776 meter  
Ketinggian mula mendaki : 2,305 meter  
Cuaca : berangin 10- 20 knot  
Suhu : +- 5'c  Tempoh mendaki : 16 jam

5.30 pm
- Sampai di kaki pergunungan Gunung Fuji (Subaru Line 5th Station, Yoshida Trail)

8.30 pm

- Mula Mendaki

10.30 pm
- Sebahagian dari team tiba di 7th Station
- Rehat jap jadi sardin
- Pendakian terbantut sekejap sebab angin kuat
- Jangkaan 3 - 4 jam pendakian ke 8th station

3.30 am
- Tiba di 8th Station
- Rehat dan tido 30 minit
- Layan sunrise 15 minit

4. 20 am 
- Mula medaki ke 9th station
- Jangkaan 1 jam pendakian dari 8th Station

5.30 a.m
- Halfway 9th station ke puncak berenti breakfast onigiri

6.30 a.m
- Tiba puncak

12.20 pm
- Tiba di Subaru Line 5th Station, Yoshida Trail

3.30 pm
- Pulang ke hostel dengan bas dan train ( tukar 2x)

7.30 pm 
- Tiba di hostel Economy Hotel Hoteiya)

INFO & TIPS

- Kalau korang tak bawak hiking stick dari malaysia boleh beli kayu stick yang di jual di kaki  
  gunung.
- kalau yang panjang boleh dibuat hiking stick, kalau yang pendek dibuat cenderahati untuk diri
  sendiri.
- Kayu stick harga dari 800 yen - 1600 yen, mengikot size stick dan accesories nya, 
- Cop pulak harga 200 yen untuk setiap cop.
- Setiap station ade toilet dengan cas 200 yen, tapi toilet nya tiada air ya.
- Hotel di setiap station. harganya x pasti sebab buat daypack. Kebiasaan pendakian selama 2
  hari 1 malam.
- Kedai kopi di setiap station
- Pejabat Pos di atas puncak bagi yang nak beli poskad and hantar pada diri sendiri. lebih kurang   
   dalam 1 minggu penghantaran poskad dari puncak ke malaysia.
- Lori angkut manusia di laluan menurun
- Makanan dan minuman di atas gunung byk


Pemakaian

- Heat Pad (boleh cari dekat daiso)
- Emergency Blanket
- Wind Breaker 
- Down jacket
- Thermal
- Fleece 
- Glove 2 pasang
- Stokin 2 Pasang
- Air Mineral 2 litre
- Snow cap
- Buff ( bawak banyak pun x pe)
- Baju and Seluar Hiking
- Beg Daypack
- Hiking stick
- Makanan Segera
- Wet Tissue


Maaf kalau ade yang terkurang, ini saja yang mampu di kongsi. 



" kerana keindahan itu lebih indah di pandangan lensa mata dari lensa kamera " - Fadila Sajai






No comments:

Post a Comment